Cendol GOODOLS yang sebelumnya dikenali sebagai Cendol Hjh Noraini adalah satu ciptaan asli daripada ibunda Hjh Noraini bte Abdullah yang hanya sekadar seorang suri rumah tangga cuba untuk mencari mata pencarian halal untuk keluarga.
Ibunda Hjh Noraini bersama cucu
Mempelajari cara-cara pembuatan cendol dari waktu remajanya dan kemudian diberikan rasa baru melalui experimen-experimen yang dilakukan berulang kali dan yang kemudiannya menjadi satu evolusi teknik pembuatan dan resipi cendol yang sangat digemari ramai.
Cendol Hjh Noraini sangat popular dimusim bulan Ramadhan yang mana spanduk 'CENDOL HJH NORAINI' akan dipasangkan dikem kem yang ada menjualkan (distributor) cendol tersebut. Beliau juga sangat giat berjual keliling kejabatan-jabatan kerajaan setiap hari dan ini telah membuktikan bahawa orang Brunei kitani memang suka makan cendol dan tak jemu-jemunya membuat tempahan sehingga pendapatan Syarikat Hjh Noraini dan Anak-anak membuahkan hasil yang dapat dibanggakan.
Kini Cendol Hjh Noraini yang dihasratkan untuk dikomersialkan menjadi 'GOODOLS' dengan wajah baru dan pengurusan baru bermula disini tahun 2010 insyallah!
Meneruskan usaha murni sang ibu yang memulakan inspirasi Cendol GOODOLS sejak tahun 1993 dengan jejak langkah satu demi satu, jatuh bangun telah dilalui dan kini diharapkan GOODOLS 'Ceria bersamanya' akan menjadi satu lagi langkah untuk menuju kejayaan bagi memperingati usaha seorang usahawan gigih Dayang Hjh Noraini bte Abdullah, ibu, isteri, nenek yang tersayang.
0 ulasan:
Catat Ulasan